Latest Updates

News & Events

TCS Group peroleh kontrak RM86.38 juta daripada Sime Darby Property bina 60 kilang berkembar dua tingkat di Elmina

5th November 2024

KUALA LUMPUR 5 Nov - Pembekal perkhidmatan pembinaan bangunan dan infrastruktur, TCS Group Holdings Bhd menerusi TCS Construction Sdn Bhd memperoleh kontrak RM86.38 juta daripada Sime Darby Property Bhd bagi cadangan pembinaan 60 unit kilang berkembar dua tingkat di Elmina Business Park, Selangor.

Tempoh kontrak adalah selama 24 bulan, bermula dari Disember 2024 dengan jangkaan siap menjelang Disember 2026.

Pengarah Urusan TCS Group, Datuk Ir Tee Chai Seng berkata, pihaknya menghargai keyakinan Sime Darby Property terhadap keupayaan mereka bagi menyampaikan projek berkualiti tinggi tepat pada masanya dan dengan komitmen yang kuat terhadap keselamatan tempat kerja.

Beliau berkata, kontrak baharu itu akan terus menyokong momentum pertumbuhan kumpulan dan memberikan keterlihatan pendapatan yang kukuh untuk dua hingga tiga tahun akan datang.

"Kami melihat keadaan pasaran yang positif dengan kos bahan yang stabil dan peningkatan dalam kedua-dua projek sektor awam dan swasta.

"Persekitaran yang menggalakkan ini menunjukkan pertumbuhan yang mampan dalam industri pembinaan, dan TCS berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang ini," katanya.

Original Source: https://www.dagangnews.com/article/terkini/tcs-group-peroleh-kontrak-rm8638-juta-daripada-sime-darby-property-bina-60-kilang-berkembar-dua-tingkat-di-elmina-44236