Latest Updates

News & Events

TCS Group dapat kontrak bina pangsapuri bernilai RM130 juta

30 Julai 2024

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh TCS Group Holdings Bhd, TCS Construction Sdn Bhd memperoleh surat lantikan (LOA) daripada Saujana Permai Development Sdn Bhd untuk pembinaan pangsapuri perkhidmatan bernilai RM130 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya kontrak itu melibatkan pembinaan bangunan utama dan kerja luaran yang berkaitan membabitkan 630 unit pangsapuri perkhidmatan yang dikenali sebagai Arcadia Residences di Kuala Langat, Selangor.

Tempoh pembinaan keseluruhan adalah 36 bulan daripada tarikh mula kontrak dan tarikh siap yang dijadualkan pada 30 Julai 2027.

"Penerimaan LOA berkenaan adalah selaras dengan pengembangan perniagaan dan strategi syarikat untuk meningkatkan pendapatan.

"Kumpulan ini menjangka penerimaan LOA itu akan meningkatkan nilai perolehan kontrak semasa dan mengukuhkan kebolehlihatan pendapatannya untuk tahun kewangan akan datang," katanya.

Original Source: https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2024/07/1278390/tcs-group-dapat-kontrak-bina-pangsapuri-bernilai-rm130-juta